Sunday, July 19, 2009

Mesra Riadah 09/10

Assalamu'alaykum..apa khabar akhwati? alhamdulillah ana sempat juga menjeguk blog kita ni..nampaknya yang jauh banyak memeriahkan blog kita ni. Ana nak kongsi pengalaman mesra riadah dengan adik2 tahun 2 pada akhawat yang tak sempat nak ikut serta.

Prog mesra riadah adalah untuk merapatkan ukhwah akhwat tahun 2 terutama di dalam semua bidang memandangkan selama ini halaqah kita dengan adik2 mengikut jurusan masing2. Untuk objektif yang sama juga mereka ini akan diserap ke dalam halaqah yang lebih thabit insyaALlah sekali gus mengikut syllabus yang disediakan. Prog bermula seawal jam 6.15pg, akhwt berkumpul di persisiran pantai yg indah (oh lokasi rahsia, bg yg dah biasa tahu kot...tak jauh mana) awalan, senaman aerobik dan sesi ta'aruf ringkas. Kemudian acara membuat sandwich mengikut kumpulan ( merupakan pertandingan, tp lupa pula nk sediakan hadiah hehe).Kesemua sekali ada 4 kumpulan terdiri daripada 3 org adik halaqah (group khandak,uhud,badar dan ahzab). Sepanjang acara, adik2 menunjukkan semangat ukhwah yang mengkagumkan disamping kreativiti masing2 menghasilkan sandwich.

Usai acara membuat sandiwich, adalah sesi yang paling menarik iaitu menjamu selera ( breakfast kot). Sandwich tadi di nikmati bersama sambil mendengar sedikit pengisian " menjaminkan diri pada ALlah'. Setelah itu sesi ta'aruf dilanjutkan sehingga jam 9 pagi di mana adik2 membuat aktiviti bebas utk mrk lbh mengenali antara satu sama lain.

p/s gambar akan diedit ke dalam bloq utk paparan akhwat. Jika akhawat ada aktiviti menarik yang nak dicadangkan utk aktiviti bersama sepanjang ramadhan silalah maklumkan dlm blog kita.

salam ukhwah :)

2 comments:

  1. At last... berfungsi sudah blog ini...
    Sila upload gambar buat tatapan akhawat lain ya..

    ReplyDelete
  2. akak tak ada gambar masa tu.tp akan cuba tnya akhwt lain.insyaALlah

    ReplyDelete

Tafaddhal masykura, silalah komen