Sunday, July 19, 2009

Mesra Riadah 09/10

Assalamu'alaykum..apa khabar akhwati? alhamdulillah ana sempat juga menjeguk blog kita ni..nampaknya yang jauh banyak memeriahkan blog kita ni. Ana nak kongsi pengalaman mesra riadah dengan adik2 tahun 2 pada akhawat yang tak sempat nak ikut serta.

Prog mesra riadah adalah untuk merapatkan ukhwah akhwat tahun 2 terutama di dalam semua bidang memandangkan selama ini halaqah kita dengan adik2 mengikut jurusan masing2. Untuk objektif yang sama juga mereka ini akan diserap ke dalam halaqah yang lebih thabit insyaALlah sekali gus mengikut syllabus yang disediakan. Prog bermula seawal jam 6.15pg, akhwt berkumpul di persisiran pantai yg indah (oh lokasi rahsia, bg yg dah biasa tahu kot...tak jauh mana) awalan, senaman aerobik dan sesi ta'aruf ringkas. Kemudian acara membuat sandwich mengikut kumpulan ( merupakan pertandingan, tp lupa pula nk sediakan hadiah hehe).Kesemua sekali ada 4 kumpulan terdiri daripada 3 org adik halaqah (group khandak,uhud,badar dan ahzab). Sepanjang acara, adik2 menunjukkan semangat ukhwah yang mengkagumkan disamping kreativiti masing2 menghasilkan sandwich.

Usai acara membuat sandiwich, adalah sesi yang paling menarik iaitu menjamu selera ( breakfast kot). Sandwich tadi di nikmati bersama sambil mendengar sedikit pengisian " menjaminkan diri pada ALlah'. Setelah itu sesi ta'aruf dilanjutkan sehingga jam 9 pagi di mana adik2 membuat aktiviti bebas utk mrk lbh mengenali antara satu sama lain.

p/s gambar akan diedit ke dalam bloq utk paparan akhwat. Jika akhawat ada aktiviti menarik yang nak dicadangkan utk aktiviti bersama sepanjang ramadhan silalah maklumkan dlm blog kita.

salam ukhwah :)

Saturday, June 27, 2009

Walimah member team QC Jun 2009


Baarakalahhulakuma wa jama' bainakuma fi khair kepada ahli QC yang melansungkan majlis pernikahan penuh keberkatan di Perlis (6Jun) dan Negeri Sembilan 28 Jun ini. Semoga Allah memberkati dan menganugerahi zuriat soleh mengalun kalam suci membesar nama Ilahi.



Tahniah: Ukht Salmiah dan zauj

ikhlas bersama doa: the Quranic Circle's members

::KAta-KaTa Indah::

"iman itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu,
dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".


"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang
cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu,
dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".


"seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah
dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".


"seorang yang mendapat taufiq untuk
ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan
berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti
sehelai rambut".


"menegakkan pilar-pilar agama itu
lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri;
harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan
mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari
meniti sehelai rambut".

" Syurga itu lebih cantik dari mangkuk
yang cantik itu, nikmat syurga itu lebih manis dari madu, dan
jalan menuju surga-NYA adalah lebih sulit dari meniti sehelai
rambut".

Friday, June 26, 2009

::Untuk Akhawat::

Assalamualakum warahmatullahiwabarakatuh..

Salam sayang dan salam rindu buat akhawat-akhwat sabah sekalian. Serasanya telah lama blog ini tidak di Update. Dengan kesempitan masa disebabkan faktor kerja, belajar berserta tanggungjawab pada masyrakat, blog ini terpaksa dipinggirkan seketika untuk menumpukan kepada perkara yang lebih awla'.



Tujuan entry ini ditulis adalah untuk mempromosikan kembali blog ini dikalangan yang bertanggungjawab dalam mengendalikan blog ini. Silalah menghantar hasil karya antum untuk tatapan umum, khususnya untuk akhawat-akhawat sekalian.

Sekian dari ana, wasalam..

Warkah dari Mesir.